Artikel Semasa

SYARIAT HAKIKI



SYARIAT HAKIKI


Perkara pokok yang perlu kita ketahui ialah iktikad ketuhanan. Jika rosak iktikad kita tentang ketuhanan, maka rosaklah segala amalan dan ibadat kita ditolak oleh Allah.

Justeru itu perlulah kita ketahui sedalam-dalam dan  secara terperinci tentang iktikad ketuhanan ini, dimana pada hari ini tidak diperbincangkan lagi dan tidak dititik beratkan lagi oleh sebahagian besar umat Islam terutama para cerdik pandai Islam pada zaman ini.

Kita rasa amat sedih sekali, kerana dewasa ini aspek-aspek ketuhanan ini telah diperingankan dan dianggap menyeleweng oleh sebahagian besar umat Islam terutama cerdik pandai Islam dimasa ini.  Jadi bagaimanakah pegangan kita tentang iktikad ketuhanan?

Setiap umat Islam dituntut supaya beriman kepada peraturan yang Tuhan telah tetapkan, mempelajarinya, mengamalkannya dan menyebarkannya sekadar kemampuan masing-masing. Hubungan kaum Muslimin dengan syariat Islam adalah percaya, mempelajari dan melaksanakan. Oleh kerana darjat zahir dan rohani manusia tidak serupa maka terdapatlah perbezaan tahap kepercayaan, pengetahuan dan kekuatan melaksanakannya.

Perbezaan tersebut menyebabkan umat Islam mudah bersepakat dalam perkara pokok, bertolak ansur pada perkara cabang dan tidak bersefahaman pada perkara ranting. Kegoncangan pada ranting tidak seharusnya menggoncangkan pokok perpaduan umat Islam. Perbezaan pada tumpuan pelaksanaan tidak seharusnya menyekat kerjasama sesama Muslim. Masalah khilafiah tidak seharusnya menjarakkan kumpulan yang berlainan mazhab.

Rasullallah saw bersabda; "Untuk mengetahui tentang ketuhanan wajiblah menuntut ilmu dan untuk menjalani sesuatu amalan atau ibadat wajiblah kita menuntut ilmu". Pepatah ulamak-ulamak dahulu ada berkata "Fardhu sebelum fardhu".  Menuntut ilmu itu fardhu ain pada setiap lelaki dan perempuan yang mukallaf, iaitu tiga ilmu yang wajib dituntut, iaitu

ILMU FEKAH
ILMU USULLUDIN @ TAUHID
ILMU TASAUF.

(Bersambung )

1 ulasan:

  1. Link 12bet Casino (2021) - Viecasino
    Link 12bet is an online casino, casino, sports betting, casino and bingo site that accepts 바카라 players 1xbet from Curacao, Curacao and Panama. link 12bet

    BalasPadam

SYARI'AT HAKIKI Designed by Templateism | Blogger Templates Copyright © 2014

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.