Artikel Semasa
Zikir paling sempurna
Zikir itu artinya ingat...siapa yang diingatkan? Ya sudah tentulah Allah S.W.T.. Ingat pula bukan bermakna kita cuba mengingat.. jika kita atau cuba mengingat, kita akan cenderung untuk membayangkan.. sedangkan Allah S.W.T itu bukanlah sesuatu atau apa-apa yang menyerupai sesuatu..maka mustahil kita boleh membayangkan..
Ingat yang dimaksudkan disini adalah kesedaran yang nyata, penuh sedar, tahu, yakin dan ihsan bahwa Allah S.W.T itulah rabbul izzati..Pencipta dan tuhan sekalian alam..
Apabila berkata tentang zikir, kita terbayangkan kalimah-kalimah yang sering bermain dibibir, tasbih atau apa jua sebutan yang memujinya.. Benar, ini salah satu cara ingat pada tuhan melalui sebutan yang keluar dari bibir.. namun apakah ingat atau zikir paling sempurna atau dalam kata mudah situasi/keadaan paling sempurna dalam ingat pada Allah S.W.T ??
Sesungguhnya Aku adalah Allah! Tidak ada Tuhan melainkan Aku! Dan dirikanlah sembahyang bagi mengingati Aku! ( Ayat 14 : Surah Taha )
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;"
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 45)
"Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka solatlah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan solat secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 239)
Berikut antara firmanNya tentang solat, yang antara lain menunjukkan kepentingan solat sebagai cara untuk ingat kepadanya.. ya..Ingat Kepadanya..tapi solat yang bagaimana? maka berbaliklah kita kepada Sunnah Rasulullah S.A.W dan hadithnya..
Beliau SAW bersabda, “Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 3/7, no. 595
Mengingati Allah s.w.t melalui solat merupakan zikir yang paling sempurna. Perbuatan menjadi zikir, perkataan menjadi zikir dan perasaan menjadi zikir.
Solat mengandungi perbuatan anggota zahir, perkataan yang dilafazkan dan penyertaan hati yang benar menghadap kepada Allah s.w.t dengan sepenuh jiwa raga.
Sekalian maujud berada dalam suasana zikir. Zikir dalam solat menggabungkan pengakuan bahawa yang diingatkan itu adalah Allah s.w.t; bahawa Allah s.w.t yang diingati itu adalah Tuhan; bahawa tiada Tuhan melainkan Dia; bahawa Allah adalah Tuhan yang disembah; bahawa menyembah Allah s.w.t adalah dengan perkataan, perbuatan dan perasaan; bahawa apa sahaja yang dilakukan adalah kerana mentaati-Nya.
Jadi, solat itu perlulah dalam keadaan sedar, waras, khusyuk, yakin dan ihsan ..sesungguhnya ianya mudah bagi mereka yang khusyuk..insyaallah itulah sesempurna zikir kita kepada Allah S.W.T..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Recent Posts
Follow us on facebook
Popular Posts
-
Allah sebenarnya tidak bersifat dan Allah sebenarnya tidak boleh disifatkan. Seandainya Allah bersifat bererti Allah itu boleh di kual...
-
Allah itu sendiri merupakan Nama bagi Dzat (Ismu Dzat) Ketuhanan. dari segi Kemutlakan Nama itu sendiri. Bukan dari konotasi atau penger...
-
THARIQAH DALAM ISLAM APA itu thariqah? Bagaimana hubungannya dengan agama Islam? Apakah ber-thariqah diajarkan oleh Rasulullah SAW?...
-
Kuasa Tuhan’ Artinya suatu urusan yang dikuasakan dari Tuhan kepada hamba-Nya. Misi hidup seseorang adalah kuasa Tuhan yang disimpan d...
-
KeMahaEsaan Yang Maha Suci.. 20 Sifat-sifat yang dikatakan sebagai Sifat-sifat yang wajib bagi-Nya, tetapi sifat-sifat tersebut bukanl...
-
Zikir itu artinya ingat...siapa yang diingatkan? Ya sudah tentulah Allah S.W.T.. Ingat pula bukan bermakna kita cuba mengingat.. jika ki...
-
*Siapakah Ulama Yang Layak Bergelar Pewaris Nabi?* وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلا رِجَالا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ ...
-
*Rasulullah SAW bersabda, “Ilmu itu ada 2 (dua) macam* Pertama .. Ilmu lisan, sebagai hujjah Allah dan kepada hambanya .. Kedua .. Il...
-
Kualiti Ihsan yang pertama merujuk kepada sebuah pengabdian yang mana seperti ketika kita telah melihat-Nya . Manakala ihsan kualiti ya...
-
Siapakah..Oh bukan.. Apakah...Oh bukan juga... Yang manakah yang dipanggil diri sebenar diri pada kalian itu ?? Berikut adalah meta...
Blog Archive
Borang Maklumat Hubungan
Footer Widget 3
Footer Widget 1
Featured Post Via Labels
SCIENCE & TECHNOLOGY
Games & Multimedia
Followers
Instagram Photo Gallery
Viewers
Footer Widget 2
SYARIAT HAKIKI
Site Links
Follow us on FaceBook
Halaman
Site Links
About
Blogger Tricks
About IWF
Pages - Menu
Popular Posts
-
Allah sebenarnya tidak bersifat dan Allah sebenarnya tidak boleh disifatkan. Seandainya Allah bersifat bererti Allah itu boleh di kual...
-
Allah itu sendiri merupakan Nama bagi Dzat (Ismu Dzat) Ketuhanan. dari segi Kemutlakan Nama itu sendiri. Bukan dari konotasi atau penger...
-
THARIQAH DALAM ISLAM APA itu thariqah? Bagaimana hubungannya dengan agama Islam? Apakah ber-thariqah diajarkan oleh Rasulullah SAW?...
-
Kuasa Tuhan’ Artinya suatu urusan yang dikuasakan dari Tuhan kepada hamba-Nya. Misi hidup seseorang adalah kuasa Tuhan yang disimpan d...
-
KeMahaEsaan Yang Maha Suci.. 20 Sifat-sifat yang dikatakan sebagai Sifat-sifat yang wajib bagi-Nya, tetapi sifat-sifat tersebut bukanl...
-
Zikir itu artinya ingat...siapa yang diingatkan? Ya sudah tentulah Allah S.W.T.. Ingat pula bukan bermakna kita cuba mengingat.. jika ki...
-
*Siapakah Ulama Yang Layak Bergelar Pewaris Nabi?* وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلا رِجَالا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ ...
-
*Rasulullah SAW bersabda, “Ilmu itu ada 2 (dua) macam* Pertama .. Ilmu lisan, sebagai hujjah Allah dan kepada hambanya .. Kedua .. Il...
-
Kualiti Ihsan yang pertama merujuk kepada sebuah pengabdian yang mana seperti ketika kita telah melihat-Nya . Manakala ihsan kualiti ya...
-
Siapakah..Oh bukan.. Apakah...Oh bukan juga... Yang manakah yang dipanggil diri sebenar diri pada kalian itu ?? Berikut adalah meta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan