Artikel Semasa

Rabbul Izzati



Allah sebenarnya tidak bersifat dan Allah sebenarnya tidak boleh disifatkan.

Seandainya Allah bersifat bererti Allah itu boleh di kualiti dan boleh dikuantitikan. Sedangkan Allah tidak berbilang, tidak berkualiti dan tidak berkuantiti.

Maha suci Allah dari sifat berbilang-bilang yang menyerupai sifat makhloknya. Allah tidak boleh dipersifatkan.

Allah itu sangat tinggi, sangat jauh, lebih tinggi dan lebih jauh dari kedudukanNya. Hingga tidak sampi akal untuk mengkajiNya.

Allah tidak terhad dan Allah tidak terbatas, sedangkan akal kita amat terhad dan amat terbatas. Allah tidak ada awal, dan tidak ada akhirnya. Tidak mungkin tercapai oleh akal untuk menjangkaunya.

Namun cara terbaik bagi peringkat permulaan untuk mengenal Allah adalah melalui pengenalan sifat 20 ini.
Barang diingat.....Ini adalah alat untuk mendekati faham.. semata mata... apabila dah faham... buang semua tu..

Yang paling penting sekali ya...
Allah bukan berupa dzat bahkan Allah ialah rabbul izzati.
Tuhannya pada zat
Tuhannya pada sifat
Tuhannya pada afal
Tuhannya pada asma

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah, makasi sobat yang sudah merehat sedikit pemikiran, islam tak akn prrnah hilang dalam ingatan selagi iman masih bernyawa dalam jasad"😊🙏

    BalasPadam

SYARI'AT HAKIKI Designed by Templateism | Blogger Templates Copyright © 2014

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.