Artikel Semasa

*Siapakah Ulama Yang Layak Bergelar Pewaris Nabi?*



وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلا رِجَالا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada ahli dzikir jika kamu tidak mengetahui. [An-Nahl: 43]

'Ahli dzikir' pada ayat di atas kerap diartikan sebagai orang yang memiliki pengetahuan; orang yang berilmu di bidangnya.

Padahal ada suatu kaedah berbunyi, "hukum awal dari sebuah (arti) kata adalah arti secara harfiahnya". Maka untuk menetapkan arti yang lain pada definisi secara hakikinya, diperlukan sebuah dalil.

An-Nahl ayat selanjutnya berbunyi,


بِالْبَيِّنَاتِ وَالزُّبُرِ وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Keterangan-keterangan (mu'jizat) dan kitab-kitab. Dan Kami turunkan kepadamu adz-dzikrah (Al-Qur'an) agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan. [An-Nahl: 44]

Di ayat ini Allah subhanahu wa ta'ala menggunakan nama 'adz-dzikrah' untuk menyebut Al-Qur'an.

Maka kaitannya dengan ayat sebelumnya -tentu- yang dimaksud dengan 'ahli dzikir' itu adalah ahlu 'l-Qur'an atau orang yang mengerti dan paham tentang Al-Qur'an, sebutan yang paling umum adalah para *Ulama'.*

Walaupun kita ini belajar setinggi mana pun jua, jika sekiranya tidak mempelajari Al Qur’an atau ilmu yang diambil dari isinya sebagai sumber pengetahuan tertinggi yang Allah berikan kepada manusia maka tetaplah kita ini dinamakan jahil.

Orang ‘alim yang lalai.
Orang seperti ini menunjuki kita kepada Tuhan kita dengan kata-katanya, tetapi dalam masa yang sama dia bangkit dan menarik kita kepada orang lain selain Allah Taala dengan perlakuan dan perangainya yang jahat.

Sebab itu, lidah perlakuan itu lebih kuat daripada lidah percakapan dan ini samalah seperti orang yang sihat tidak akan duduk bersama dengan orang yang berkudis melainkan dia juga turut dijangkiti kudis.

Orang macam ini yang memburukkan Tasawuf dan golongan Sufi, fitnah bagi kaum Sufi dan kejahilan mereka membutakan hati dan terhijab dari cahaya Al Haq... terhijab dari menyaksi kebenaran.

Sayidina Ali bin Abi Talib pernah berkata: “Tiada musuh yang lebih ku takuti daripada kejahilan. Setiap manusia menjadi musuh selama ia jahil”.

Manakala Syeikh Ali Abu Bakar dalam madahnya menyebut “Kejahilan itu penaka api yang akan membakar agama manusia sedang ilmu pengetahuan pula airnya yang akan memadam api itu”.

Terbukti bahawa kejahilan adalah pokok segala kecelakaan dan punca segala bahaya. Orang yang jahil tergolong dalam maksud hadis Nabi yang bermaksud:

“Dunia itu terlaknat, segala isinya terlaknat, kecuali zikrullah (berzikir kepada Allah), seorang yang berilmu dan seorang yang mencari ilmu’.

Ramai hari ini,  orang bertasawuf tanpa ilmu... bertareqat tanpa ilmu... dan mereka ini mudah tersesat dan disesatkan kerana dimartabat murid, ilmu itu cahaya yang dapat membimbing dari sisi kegelapan.

(Bersambung)
Syariathakiki.blogspot.com.

1 ulasan:

  1. Casino no deposit bonus codes | GAMBLERSNO!
    › casino-no-deposit-casino-no › casino-no-deposit-casino-no You can also play air jordan 18 retro toro mens sneakers shop slot games on slot machine games air jordan 18 retro men red super site at one of the many online how to find air jordan 18 retro men casino 토토 넷마블 sites, such as the casino.com. 룰렛 만들기

    BalasPadam

SYARI'AT HAKIKI Designed by Templateism | Blogger Templates Copyright © 2014

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.