Artikel Semasa

SYARIAT DAHULU, BARULAH HAKIKAT



Salam Alaika sahabat Syari'at Hakiki sekalian.

Yang dimaksudkan dengan jalan kenabian itu adalah syariat yang dibawa oleh nabi. Itulah thoriqat yang mana dengannya diajarkan bagaimana beribadah secara hakikatnya...

Masalahnya kita ummat akhir zaman ini malas..
Tidak mahu iqra'...tidak mahu belajar, tidak mahu mengkaji..
Kita amat beruntung kerana sedari kecil kita telah pun diajarkan beribadah secara syariatnya..
Benarlah sudah jalan yang kita lalui ini.. Jangan gusar dengan momokan luar tentang syariat sia-sia jika tanpa tahu hakikatnya. Jangan sampai tidak bersyariat lansung.!! Dari itu kita perlu belajar...mencari.. Yang penting, teguh dan mantapkan syariat. Insyaallah tidak akan sesat.

Mengapa masih ada suara-suara yang mengatakan kita perlu tau hakikatnya dahulu... cuba fikir logik, mana datangnya hakikat jika tidak dari syariatnya.. Hakikat itu adalah hakiki dari syariatnya. Atau dalam bahasa mudah Syariat yang Hakiki.. Itulah dia hakikat. Bukan hakikat mabuk yang macam-macam.. aku tuhan, dia tuhan, kita tuhan, kamu semua tuhan.. jadi siapa hamba bila semua tuhan ?? Jangan keliru dengan ungkapan 'hanya Aku yang wujud'.!!!Dan jangan rebah dalam permainan kata-kata.

Melalui syariat yang telah diajarkan, dan setelah kita bisa berfikir sebaiknya (dewasa/baligh) seharusnya kita mempelajari pula pemahaman dari sisi hakikatnya..
Kulit dulu kita kenal, baru isi. Barulah benar..inilah jalan kenabian.

Syariat dulu kita kenal. Kemudian hakikatnya..
Begitulah jalannya atau tareqatnya..
Nabi mengajarkan syariat  dahulu, apabila para sahabat dapat faham dan menerima dengan baik dan sempurna, baharulah secara perlahan sisi syariat (hakikat) itu diajarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SYARI'AT HAKIKI Designed by Templateism | Blogger Templates Copyright © 2014

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.