Artikel Semasa

KESEDARAN MENGENAL



JANGAN MELAMPAUI BATAS KE SADARAN MENGENAL


فَإِذَا سَوَّيْتُهُۥ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى فَقَعُوا۟ لَهُۥ سَٰجِدِينَ ﴿٧٢﴾

Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya ruh dari (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
( QS.Saad 72 )

Ruh Allah  yang di maksud bukanlah Allah dan juga bukan nyawa yang menghidupkan Allah

Allah hidup dengan Zat-Nya, bukan dengan nyawa atau ruh dan bukan juga dengan sifat hidup.

Sifat hidup bergantung kepada Allah  tetapi Allah tidak bergantung kepada sifat hidup.

Ruh Allah sama halnya seperti Tangan Allah, Kalam Allah Pendengaran Allah dan lain-lain yang dinisbahkan kepada makhluk-Nya.

Semuanya bukanlah Allah tetapi adalah keadaan atau sifat atau misal atau ibarat yang memperkenalkan Diri-Nya sekadar layak Dia dikenali oleh makhluk-Nya.

Hakikat Diri-Nya yang Haqiqi tidak mampu disifatkan, diibaratkan atau dimisalkan kerana Dia adalah:

فَاطِرُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًا وَمِنَ ٱلْأَنْعَٰمِ أَزْوَٰجًا ۖ يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ ۚ لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ ۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ ﴿١١﴾

"(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu.
Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran)-Nya, dan Dialah Yang Maha Mendengar dan Maha melihat.  ( QS as-Syura: 11 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SYARI'AT HAKIKI Designed by Templateism | Blogger Templates Copyright © 2014

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.