Artikel Semasa

LAYSAKAMITHLIHI SYAIUN


MAHASUCI itu Laysakamithlihi Syai'un...

Dia adalah Allah, Maha Esa. Dia adalah Maha Suci, Maha Tinggi dan Maha Besar daripada apa yang difikirkan, digambarkan, dikhayalkan, diibaratkan, disangkakan, dirasakan dan disifatkan.

Bila Dia mengatakan yang Dia Melihat dan Mendengar maka Melihat dan Mendengar-Nya tidak serupa dengan melihat dan mendengar yang tergambar dalam fikiran dan perasaan manusia.

Walaupun dibentangkan 20 Sifat-sifat yang dikatakan sebagai Sifat-sifat yang wajib bagi-Nya, tetapi sifat-sifat tersebut bukanlah sifat-Nya Yang Hakiki.

Dia tidak tertakluk kepada sifat yg wajib, mungkin dan mustahil.

Wajib, mungkin dan mustahil adalah keadaan dalam ilmu.

Sifat-sifat yang 20 itu muncul apabila ilmu mencoba untuk memperkenalkan-Nya. Perkenalan melalui ilmu itu hanyalah sekadar untuk menafikan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya bukan untuk menyatakan sifat-Nya Yang Hakiki.

 Dia lebih suci, lebih mulia dan lebih agung daripada apa yang dikatakan oleh ilmu dan daripada apa yang diperkenalkan oleh makrifat.

Tidak ada ilmu dan tidak ada makrifat yang berbagi kedudukan dengan keesaan-Nya.

Maha Esa bermaksud tidak ada ilmu dan tidak ada makrifat yang mengetahui dan mengenali-Nya.

Akal bukanlah alat untuk mengetahuinya dan hati juga bukanlah alat untuk mengenali-Nya Yang Hakiki.

Akal dan hati adalah alat untuk beriman kepada-Nya dan mentaati-Nya. Bila akal dan hati sudah tunduk dengan segala kelemahan dan kerendahan, lalu menyerah kepada-Nya barulah akal dan hati itu dikatakan Islam. Diri kita islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SYARI'AT HAKIKI Designed by Templateism | Blogger Templates Copyright © 2014

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.