Artikel Semasa

KeMahaEsaan Yang Maha Suci


KeMahaEsaan Yang Maha Suci..

20 Sifat-sifat yang dikatakan sebagai Sifat-sifat yang wajib bagi-Nya, tetapi sifat-sifat tersebut bukanlah sifat-Nya Yang Hakiki. Dia tidak tertakluk kepada yg wajib, mungkin dan mustahil. Wajib, mungkin dan mustahil adalah ada dalam ilmu.

Sifat-sifat yang 20 itu muncul apabila ilmu mencoba untuk memperkenalkan-Nya.

Pengenalan melalui ilmu itu hanyalah sekadar untuk menafikan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya bukan untuk menyatakan sifat-Nya Yang Hakiki.

Dia lebih suci, lebih mulia dan lebih agung daripada apa yang dikatakan oleh ilmu dan daripada apa yang diperkenalkan oleh makrifat.

Tidak ada ilmu dan tidak ada makrifat yang sama kedudukan dengan keesaan-Nya.

Yg di maksud Maha Esa  tidak ada ilmu dan tidak ada makrifat yang mengetahui dan mengenali-Nya.

Akal bukanlah alat untuk mengetahuinya dan hati juga bukanlah alat untuk mengenali-Nya Yang Hakiki.

Akal dan hati adalah alat untuk beriman kepada-Nya dan mentaati-Nya. Bila akal dan hati sudah tunduk dengan segala kelemahan dan kerendahan, lalu menyerah kepada-Nya.

Itulah yg di katakan marifat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SYARI'AT HAKIKI Designed by Templateism | Blogger Templates Copyright © 2014

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.