Artikel Semasa

Zikir paling sempurna



Zikir itu artinya ingat...siapa yang diingatkan? Ya sudah tentulah Allah S.W.T.. Ingat pula bukan bermakna kita cuba mengingat.. jika kita atau cuba mengingat, kita akan cenderung untuk membayangkan.. sedangkan Allah S.W.T itu bukanlah sesuatu atau apa-apa yang menyerupai sesuatu..maka mustahil kita boleh membayangkan..

Ingat yang dimaksudkan disini adalah kesedaran yang nyata, penuh sedar, tahu, yakin dan ihsan bahwa Allah S.W.T itulah rabbul izzati..Pencipta dan tuhan sekalian alam..

Apabila berkata tentang zikir, kita terbayangkan kalimah-kalimah yang sering bermain dibibir, tasbih atau apa jua sebutan yang memujinya.. Benar, ini salah satu cara ingat pada tuhan melalui sebutan yang keluar dari bibir.. namun apakah ingat atau zikir paling sempurna atau dalam kata mudah situasi/keadaan paling sempurna dalam ingat pada Allah S.W.T ??

Sesungguhnya Aku adalah Allah! Tidak ada Tuhan melainkan Aku! Dan dirikanlah sembahyang bagi mengingati Aku! ( Ayat 14 : Surah Taha )

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;"
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 45)

"Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka solatlah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan solat secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 239)

Berikut antara firmanNya tentang solat, yang antara lain menunjukkan kepentingan solat sebagai cara untuk ingat kepadanya.. ya..Ingat Kepadanya..tapi solat yang bagaimana? maka berbaliklah kita kepada Sunnah Rasulullah S.A.W dan hadithnya..

Beliau SAW bersabda, “Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 3/7, no. 595

Mengingati Allah s.w.t melalui solat merupakan zikir yang paling sempurna. Perbuatan menjadi zikir, perkataan menjadi zikir dan perasaan menjadi zikir.

Solat mengandungi perbuatan anggota zahir, perkataan yang dilafazkan dan penyertaan hati yang benar menghadap kepada Allah s.w.t dengan sepenuh jiwa raga.

Sekalian maujud berada dalam suasana zikir. Zikir dalam solat menggabungkan pengakuan bahawa yang diingatkan itu adalah Allah s.w.t; bahawa Allah s.w.t yang diingati itu adalah Tuhan; bahawa tiada Tuhan melainkan Dia; bahawa Allah adalah Tuhan yang disembah; bahawa menyembah Allah s.w.t adalah dengan perkataan, perbuatan dan perasaan; bahawa apa sahaja yang dilakukan adalah kerana mentaati-Nya.

Jadi, solat itu perlulah dalam keadaan sedar, waras, khusyuk, yakin dan ihsan ..sesungguhnya ianya mudah bagi mereka yang khusyuk..insyaallah itulah sesempurna zikir kita kepada Allah S.W.T..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SYARI'AT HAKIKI Designed by Templateism | Blogger Templates Copyright © 2014

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.