Artikel Semasa

PROGRAM PENTERNAKAN IKAN KELI/LELE KELUARGA SYARIAT HAKIKI



Alhamdulilah berkat rahmat dan iradatnya Insyaallah Komuniti Syariat Hakiki akan maju setapak lagi. Komuniti yang pada asalnya diwujudkan bagi membincangkan hal ehwal agama yang menjurus ke wilayah hakikat kini melebarkan sayap kearah pemantapan ekonomi ummah kepada ahli-ahlinya.

Dari kumpulan percambahan pendapat terhadap ilmu tauhid, kini telah dalam rangka pembangunan bagi projek penternakan ikan keli. Projek ini diharap menjadi pemangkin dalam mengeratkan lagi ukhwan di kalangan rakan komuniti. Projek yang datang dari cetusan idea ' Guru Besar ' Syari'at Hakiki ini bermatlamat bagi meningkatkan pendapatan rakan-rakan komuniti selain menginfakkan sebahagian kecil keuntungan kepada pembaikan pusat-pusat pengajian Islam seperti Masjid, Maahad, Pondok  dan lain-lain. Ini bagi memperoleh keberkatan dan dari sisi lain dapat membantu pengembangan Islam secara keseluruhannya di rantau nusantara.

Alhamdulillah perancangan ini telah dipermudahkan lagi dengan modal dan sokongan berterusan dari rakan-rakan komuniti yang hadir dari pelbagai latar belakang terutama usahawan, ahli perniagaan dan individu yang mahir dalam penternakan ikan keli itu sendiri.

Projek ini akan diusahakan di wilayah Cirebon di Indonesia dengan bantuan sahabat yang bermastautin di sana. Cirebon dipilih sebagai tempat perusahaan adalah kerana beberapa sebab  yang mana antara lain adalah ia sangat sesuai dari segi kos pengoperasian yang murah , tenaga mahir dari kalangan ahli dan pasaran yang agak luas.

Modal bagi rakan komuniti yang menyertainya adalah sangat kecil dan insyaalah tidak akan membebankan. Adalah dijangkakan keuntungan akan dapat diperoleh seawal 3 bulan dari tempoh pelepasan benih ikan di dalam kolam. Pada masa ini wakil dari Malaysia sedang melakukan penilaian terhadap lokasi-lokasi yang bersesuaian dengan bantuan koresponden di sana. Fasa yang seterusnya adalah menentukan modal yang perlu dikeluarkan hasil dari perancanagan pemulaan projek dan bagaimana pemantauan dan perkembangan semasa projek dapat dimaklumkan kepada kepada rakan- rakan komuniti Syari'at Hakiki.

Diharapkan agar usaha murni ini akan dipermudahkan Allah S.W.T dan dapat diperkembangkan lagi di masa hadapan.

Berjumpa lagi kalian dalam artikel seterusnya bagi memberi gambaran dan perkembangan semasa Projek Perusahaan/Penternakan ikan keli ini. Insyaallah.. Salam Alaik...

Sidang Pengarang
Wira Putih



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SYARI'AT HAKIKI Designed by Templateism | Blogger Templates Copyright © 2014

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.